Untuk keterangan lanjut berkenaan Magento Commerce ini, anda boleh lawati laman web rasmi Magento Commerce.
Siapakah yang perlu menggunakan sistem ini ?
- peniaga runcit yang mempunyai kedai / tanpa kedai
- penjual produk secara online dan ingin menerima bayaran secara Maybank2u / CIMB / Paypal dan kredit kad
- pengguna yang ingin mula berniaga secara online
Produk yang boleh dijual menggunakan sistem ini ?
Secara ringkasnya, hampir kesemua produk boleh dijual menggunakan sistem laman web kedai online ini kecuali produk yang melibatkan harga puluhan ribu ringgit dan keatas. Anda boleh menjual produk harga puluhan ribu ringgit dengan memaparkannya sebagai 'catalog' sahaja. Untuk membuat belian, bakal pelanggan anda boleh menghubungi anda secara terus.
Antara produk yang biasa dijual secara online:
- barangan elektrik dan elektronik
- perkakasan rumah
- pakaian dan aksesori pakaian
- barangan komputer dan telefon bimbit
- produk digital seperti lagu, ebook, file pdf / word, software
- peralatan pejabat dan rumah
- hartanah dan automobil
- barangan binatang peliharaan
- perkhidmatan
- permainan kanak-kanak
- aksesori seperti jam tangan, pen dan lain-lain
Kelebihan Magento berbanding CMS Ecommerce lain
- lebih laju untuk proses maklumat di laman web
- sistem kedai online yang canggih
- tiada bayaran tahunan / bulanan
- bina kedai online berlainan kategori menggunakan 1 sistem magento sahaja
- komuniti yang besar berbanding CMS kedai online lain seperti Opencart dan Prestashop
- tiada had untuk masukkan produk
Contoh laman web Magento Commerce: Lihat demo
Sekiranya anda masih mempunyai pertanyaan atau persoalan berkenaan Magento Commerce, tinggalkan komen anda dibawah artikel ini.
No comments:
Post a Comment